Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka sepertimana tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Negeri
Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja
Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thai berasal dari Tibet iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu.
Sejarah bermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet lalu menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736 masihi bermula dengan berbaik-baik, bangsa Thai memasukki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah
masih lagi memerentah. Nama baginda ada tercatat dalam buku
Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17 bergelar Syah Alam Yang Maha
Mulia dan baginda bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.
“Meanwhile in the 13th century the most celebrated of early Tai states was the kingdom of Sukhothai. Modern Thais regard Sukhothai as the birthplace of the Thai nation,
particularly under Ramkhamhaeng, king c.1279 – 1298, whose rule is
celebrated by the Sukhothai stone – an inscribed obelisk reputedly
discovered in 1833 by the Thai prince Mongkut, then a monk and scholar
and later Thailand’s first modernising monarch. The inscription portrays
Sukhothai as an idyllic place, governed by a just, fatherly and
devoutly Buddhist monarch. Possibly it is Ramkhamhaeng’s self-justifying
counterblast to the arrogance and avariciousness of imperial Angkor. In
recent years the stone’s authenticity has been questioned, some
sceptics arguing that Mongkut himself devised the inscription to give his people an appealing early history”.History of South Asia, Asean Focus group
Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak
zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung dizaman
Mongkut juga. Strategi yang sama turut digunakan Inggeris, dalam usaha
mereka memadam tamaddun Islam di nusantara ini.
Pada tahun 1752 masihi bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. “Burma”
dalam bahasa Siam bermaksud “Puak Pendatang”. Maha Dammaiyaza Syarif
Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda
kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan
Muhiyuddin Mansor Syah.
Pada tahun 1758 masihi, berikutan kemangkatan Maha
Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, mereka mula
bertindak dengan cara mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III,
anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia, Boromoraja V Ekataat
Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang mana ketike itu memerentah
di kemboja di Cempakasari. (Kami ingin mengingatkan bahawa Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan, adalah orang yang sama).
Baginda Po Chan ini menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam
peperangan dengan Raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma
ini berjaya di bunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di
sebuah tempat yang kemudiannya di gelar Taikala.
“Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam bermaksud “Mati di Bunuh”. Po
Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja.
“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champs were severly persecuted. As a consequence, the
last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those
on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the
coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area
where the king and the mainlanders settled is still known to this day as
Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered
along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it.
Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to
learn Qur’an and Islamic studies. Once studies were completed, these
children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html
Pada tahun 1767 masihi tentera Buddha Chakri Sokho
Thai menyerang Kota Ayut’ia, tempat bersemayamnya Maha Raja Benua Siam
Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha
Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782 masihi Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri) menjadi Raja Thai Rama I Ayut’ia negeri Siam (thai menjajah negeri Siam).
“Rama I (reigned 1782–1809) had been born of a Thai father – a relatively minor Ayudhyan official though of aristocratic lineage – and a Chinese mother”. History of South Asia, Asean Focus group.
Pada tahun Musuh Bisik 1821 masihi Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri
Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khas untuk
membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat
Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayut’ia
Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.
Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada nama Thailand sempena nama bangsa mereka, Sukho Thai. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun 1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan mereka terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun.
Mereka bersama dengan penjajah Inggeris menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah. Pada tahun 1881 masihi Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat di raja Thailand (sebagai tanda terima kasih menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam) Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah Wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah hari ini.
Pada tahun 1909 masihi Raja Buddha Thailand
menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak
Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani tetapi telah meletakkan
raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaikki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah.
Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat dizaman Jepun dan
penjajah Inggeris tidak ada ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan
kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam tetapi
Siam yang mana?, Siam Islam Kedahlah, bukan thai yang menjajah negeri
Siam sekarang ini. Dengan itulah, TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam
telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabal Sultan Badlishah, menaikki
takhta menjadi Sultan Kedah. Inilah sejarah yang digelapkan oleh
Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945 dan
bermulalah propaganda mereka memburukkan tentera Jepun padahal mereka
dan thai lebih kejam daripada Jepun yang cuma berada disini selama 3 tahun sahaja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar